Wednesday, October 27, 2010

NIGHTLINE~

Tepat jam 0300 pagi... tutt tuuuuttttttttt
Berita utama.. aku tak boleh tidur... yeah!..

berita selanjutnya..
siang tadi hanya tidur sekejap sahaja.. dan aku bajet2 bleh tidur dengan jayanya malam ni tetapi sangkaan aku SALAH kerana aku masih tak boleh tidur di tengah malam eh silap,, di waktu pagi buta begini.

adakah mungkin sebab aku terlalu banyak berfikir atau;
aku terlalu banyak rehat di rumah atau;
aku berasa lapar yang setiap malam memang aku tak makan atau;
tension dengan keadaan sekeliling yang cuba menghantui hidup aku sekarang nih.. HOH!

apa yang pasti sekarang aku sedang berperasaan gembira dalam sedih..
korang rasa apa dia?? jeng jeng jeng~~< bajet cm ada orang jek.!>

YAAA! I feel soo HAPPY to have YOU and feeling sooo sad because you still didn't fulfill what I want. ARGHHHHH!!!! tekanan x?

erm... macam budak-badak tapi bila dah berada ditahap ni memang macam ni.. kenapa lah masih tak percaya kat aku ni lagi... tolong lah.. banyak dah aku berkorban untuk kau, tapi dengan permintaan aku yang ringkas tu pon ko masih tak boleh tolong lagi.. hurm AKU KECEWA.! that's all~ ='(





Sunday, October 24, 2010

bila rasa bosan + stress + sesifat dengannya..

1-bila rasa bosan...
haruslah tidoo..
kalau tak boleh tido?? bukak facebook..

2-bila rasa bosan lagi...
tengok tv, movie or cerita2 tv online yang korang dah skip  ..

3-bila rasa bosan lagi...
pegi dapur makan benda-benda yang tak berfaedah. e.g. makan milo sapu roti..

4-bila rasa bosan lagi...
message or calling kawan-kawan, sahabat handai, rakan taulan, pakwe makwe, sedara mara, jiran sebelah, atok nenek atau kalau boleh 7 keturunan yang lampau..(boleh tau serba sedikit sejarah silam korang ;)

5-bila rasa bosan lagi...
maen2 dengan haiwan peliharaan e.g. kucing, ayam, kambing, ikan puyu n etc..

6-bila rasa bosan lagi...
ajak member keluar jalan-jalan, karok sampai pecah suara dan kalau boleh buat dunia ni macam korang dan member2 korang yang punya..

7-bila rasa bosan lagi...
buat tarian breakdance selagi tak patah pinggang jangan berhenti!

8-bila rasa bosan lagi...
kemas umah, memasak, basuh bilik air, ampai baju, lipat kain, vacuum satu rumah, jemur segala benda sampai setitik kuman pun tak wujud kat dalam umah korang tu..

9-bila rasa bosan lagi..
ambil air sembahyang, sudah kan yang wajib, mengaji dan seiring dengannya~~

10-bila rasa bosan lagi..
wujudlah entry2 baru luHn perasaan seperti yang terpapar di depan mata anda sekarang ni.. hoho


p/s: berikut adalah senarai perkara yang telah aku lakukan ketika rasa bosan. Btw, patutnya #9 yang the first kerana sesungguhnya Allah sahaja lah yang tahu apa yang tersirat dihati kita samada gembira, sedih, duka dan sebagainya... so goodluck untuk anda semua.. jangan biarkan diri anda diselubungi.......... ....RASA BOSAN~~~
 

Tuesday, July 13, 2010

miss FIFA WORLD CUP

Baru dua hari tamatnya fifa wc 2010 . tapi aku rase sunyi dan sepi lak rasa hati..
Meh aku hidangkan lagu waka waka supaya dapat menjadi pengubat rindu untuk fifa 4 tahun lagi di Brazil...
soldier!soldier! =))


Waka Waka lyrics

berakhirnya FIFA world cup!

Sejak habis menyaksikan perlawanan final antara SPAIN dan HOLLAND ritu rasa dunia ni macam SEPI SANGAT-SANGAT!..

urm, pertama sekali aku ingin mengucap kan berbanyak2 jutaan TAHNIAH buat pasukan SPAIN kerana telah berjaya menjadi CHAMPION untuk FIFA WC 2010 kali ini...bravo!bravo!...u rock spain!!!....pasukan kesayangan ...muah muah...mmmmmmmuuuaaaahhhhh casillas!!hahahaha...

sebut pasal casillas satu bende yang buat aku tak ley time..pekena tah.. jom layan video ni..
Casillas and his gf, Sarah Carbonero


woiiiiiii...selambe je kan KAU CURANG!..aaaaaaaaaaaaaa.....xley terima xley trime..gile kecik ati ~~~
huhuhuhu..emo nih...aku kalau geram aku akn play banyak2 kali then ati aku yang sakit..huuu~~~....
papepun romantik habislah abe Casillas ni...dan aku sangat JEALOUS ok! hurmm...

sudah! berbalik kepada award untuk FIFA kali ni, abe Casillas merangkap ex aku ni dapat golden glove...yeayyy...tahniah sayang..=D..(berangan jek)

manakala golden shoe and best young player pula dirangkul oleh MUELLER from Germany..
dan golden ball dianugerahkan kepada Diego FORLAN (Uruguay). Hebat2!...

mari layan detik kenangan terindah buat pasukan SPAIN...La Furia Roja ~~




tiga je gambar yang mampu aku copy..hehe..

skang ni nak cite pasal Dato' Paul pulak...ohhh kesian sungguh makhluk ni...sumber mengatakan beliau telah bersara dari kegiatan ramalan..eh sejak bila dia bercakap nak bersara???haha..berani..


Menurut jurucakap Akuarium Sea Life du Oberhausen, Tanja Munzig, haiwan itu tidak lagi melakukan urusan ahli nujum.
"Ia tidak lagi membuat sebarang ramalan sama ada bola sepak atau politik, gaya hidup atau ekonomi.
"Paul akan kembali dengan pekerjaan lama iaitu membuat kanak-kanak gembira," kata Munzig.
-petikan dari kosmo.

tulah gamaknya..sian pulak aku nengok sotong yang xmengerti apa-apa ni...xpelah..asalkan kau xkena masak dengan chef argentina dan jerman...hoho...syukur....
LIVE LONG lah PAUL..tetiba aku sayang sotong nih..;)))

Saturday, July 10, 2010

DEMAM Zangalewa MoO0D!

FIFA world cup hampir tiba ke kemuncaknya. Dengan ini aku secara tiba2 nya meminati bola..adakah disebabkan player-player yang KACAK , kebuhsanan di pejabat atau pon tekanan perasaan dengan keadaan sekeliling??? BINCANGKAN..tutttt ttuuuutttt.....ok stop!.


Dengan ini suka untuk aku isytiharkan bahawa  aku adalah penyokong kuat SPAIN!...ini pun disebabkan pengaruh daripada Mr. Fairuz kita..erkk!!!kaitan? beliau telah meyakinkan aku yang baru sahaja menjadikan DAVID VILLA sebagai lelaki simpanan untuk beberapa minggu ini...


David Villa

YA...ternyata corak permainan yang telah dipamerkan oleh villa sangat BERGAYA ye pembaca sekalian..Sehubungan itu beliau ini bakal meraih kasut emas bagi FIFA WC 2010  kerana ranking tetinggi  penjaring gol terbanyak stakat ini  masih menetapkan nama beliau yang ke 1st ranking..ahaks...moga-moga la gamaknye yeh..DAH..tak yah nak usha villa aku ni lame2.....gi usha korang punya sudah..klose muke tua tuh..wakakaka =p


Selain itu , IKER CASSILAS juga turut membuat aku rebah dengan kecomelan beliau di jaring goal...ahaks~!(maaf, uncontrolled gedik;)tp malangnya beliau ni dah ade awek.seorang reporter yang tak de la cun mane kot..haha..sukati aku jer..
 Lihat Cassilas ituuu....huhuhuh ;)


memandangkan spain telah berjaya mengalahkan JERMAN yang LOSER itu...sekaligus dapat melayakkan pasukan spain ke peringkat akhir menentang Holand..owhh~~agak2 siapa juara??? bak kate Mr. Paul Spain bakal menjuarai FIFA world cup kali ini..tapi malam tadi aku tengok berita ade burung pulak pandai ramal mengatakan Holand yang akan menang nanti..erm,,,sama2lah kita nantikan ye..bukannye leh percaya sangat dengan ramalan ini semua..


walau camana pon aku tetap sayang mr. Paul kerna beliau telah meramal 6 perlawanan dengan tepat sebelum ini sekaligus meramalkan spain ke peringkat akhir lantas diberi ancaman bunuh oleh pihak jerman,,,(wahh ayat karangan nih) kerana Paul telah dianggap pembelot memilih spain sebagai juara....lalu pihak spain sanggup memberi perlindungan  kepada Dato' Paul ni agar beliau tidak dibunuh..huhu..ko tengok bertapa baik nye rakyat spain ni..ade ke nak dibunuh Dato' Paul nih..dah Loser tu LOSER jelah...ahahhahaa..tak pun pegi wat untuk ramal bende lain plak ke..cetek sungguh pemikiran..huh.

Aku akhiri entry kali ini dengan menyaksikan Dato' Paul the octopus make his FINAL SELECTION..





Puyol baru lepas jaringkan gol. Villa berlari2 nak peluk gak..Klose pandang jeh..huhu (merepek semua)





Thursday, June 17, 2010

people I LOVed~ vol 1

entry kali ini aku nak beritahu pada semua penduduk bumi sekalian especially to those yang setia menyinggah di blog ni mengenai orang-orang yang aku sayang sehidup semati and so long forever lah!

FIRST was my family~~~~~
Ade 6 orang dalam keluarga aku..abang,kakak,aku,adik dan wajib disusuli dengan mak + ayah! baru tambah sorang, isteri abg aku =D..
Pada pendapat aku, walau sejauh mana kita pergi, apa yang kita buat samada betul ke salah ke apa yang pasti KELUARGA tetap akan menyokong dan berikan semangat dorongan yang terbaik atas segala apa yang berlaku.

THANKS..I LOVE THEM=MY FAMILY...

kak ipar aku kiri skali...(seboleh2 nk introduce)haha


walaupon aku ni tidak lah sebaik mana, sometimes degil dan tak dengar cakap tapi mereka masih boleh layan aku macam biasa beri aku yang terbaik ape sume blablabla..huh..aku memang sangat bersyukur kerana aku masih ada family...

cuba kita renungkan orang2 yang tiada keluarga di luar sana..bagaimana mereka mengharungi kehidupan sendiri terutama anak2 yatim dan orang2 yang ada family problem...hermm,,,kesian kan?...jadi dengan ini sekali lagi aku SANGAT BERSYUKUR kerana Tuhan telah anugerahkan aku hidup di dalam family yang damai ini =))

 masa mereka kahwin~

huhuhu...ni lah family aku...dan aku sayang mereka...

p/s: walau sejauh mana cinta kita pada sesiapa..tapi janganlah lebihkan cinta kita pada yang satu! Ya Allah...Kaulah satu-satunya tempat ku mengadu, jatuh naik ku , jiwaku ketenanganku, ketaqwaanku...hanyalah untuk Kamu...terima kasih berikan aku kebahagiaan ini...=)...........................................to be continued~~~


 
 



Tuesday, June 15, 2010

LAWAK

ini ade satu clip video yang membuatkan aku gelak sorang2...sangat lawak ok..

jom layan~~

*source : facebook user*

huhuhhuhuh....walaupun kesian tengok kambing tu tapi rasa malas nak simpati sebab lawak sangat lah...paling tak ley blah background music...wahahahhaa..harap korang terhibur~~=))